GEORGE TOWN : Tindakan seorang jurujual mengugut untuk membakar rumah ibunya bulan lalu mengundang padah apabila dia didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Tertuduh, Kelvin Gun Soon Ming, 44, turut berdepan hukuman penjara lapan bulan sekiranya dia gagal membayar denda tersebut. Kelvin yang bekerja sebagai jurujual dengan pendapatan bulanan berjumlah RM4,000 sebelum itu mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Siti Nurul Suhaila Baharin. Mengikut pertuduhan, Kelvin melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya yang berusia 69 tahun dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya