Tun M sertai rakyat sambut Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya

Tun M sertai rakyat sambut Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya

TUN Mahathir hadir ke perarakan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, hari ini. - FACEBOOK RASMI DR MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Dataran Putrajaya pagi ini bagi meraikan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya bersama rakyat lain.

Video berdurasi empat minit 28 saat  yang dimuat naik secara penstriman langsung di Facebook itu menunjukkan pengunjung teruja dengan kehadiran bekas Perdana Menteri itu  dengan ada yang  berteriak memanggil ‘Tun’.

Beliau yang memegang bendera Jalur Gemilang itu  juga dilihat berjumpa dan beramah mesra dengan orang ramai.

Video itu turut memaparkan orang ramai yang menantikan pertunjukkan sempena Hari Kebangsaan juga tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan berswafoto dengan Dr. Mahathir.

Dr Mahathir juga dilihat bergambar berlatar belakang aset negara yang ketika itu sedang melakukan perarakan.

Terdahulu, sambutan Hari Kebangsaan 2024 berlangsung pada 31 Ogos 2024 dengan tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, bermula jam 7 pagi.

Acara gilang-gemilang itu menyajikan perbarisan dan perarakan membabitkan lebih 17,000 peserta, 59 kontinjen, 24 pasukan pancaragam dan 439 aset ketenteraan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya