Tukang tilik ditahan bantu siasatan kes cabul

Tukang tilik ditahan bantu siasatan kes cabul

WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang tukang tilik nasib bergelar Datuk berusia 34 tahun direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan satu kes rogol.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof berkata, suspek ditahan di Puchong, Selangor kira-kira pukul 11.15 malam tadi.

Beliau berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis oleh seorang wanita awal pagi semalam.

“Siasatan awal mendapati, mangsa mengenali suspek melalui media sosial dan suspek juga dipercayai boleh menilik nasib dan membuang nasib buruk dialami mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu jenayah rogol dan jika sabit dengan kesalahan dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada dua puluh tahun dan hendaklah dikenakan hukuman sebat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihak polis menasihatkan orang awam untuk tidak menimbulkan apa-apa spekulasi serta tidak
berkongsi berita yang tidak benar berkenaan kejadian ini.

Sebelum ini, seorang wanita tempatan berusia 24 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol lelaki bergelar Datuk yang juga tukang tilik, sejak setahun lalu.

Mangsa dikenali sebagai Linda, 24, berkata, dia pada mulanya terpedaya dengan perkhidmatan membuang ilmu hitam ditawarkan lelaki berkenaan menerusi iklan di media sosial.

Sepanjang tempoh rawatan berkenaan, mangsa mendakwa perlu menanggalkan pakaian dan berbogel sebelum dicabul bagi membuang ilmu hitam itu.

Pendedahan mangsa itu dibuat dalam sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN