Tukang jahit curi tumpuan, rekaan topi unik dihiasi Jalur Gemilang

Tukang jahit curi tumpuan, rekaan topi unik dihiasi Jalur Gemilang

MOHAMMAD Jamil Abdul Hamid mencuri tumpuan ramai apabila menggayakan topi 'kullah' pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang tukang jahit mencuri tumpuan ramai pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, di sini apabila menampilkan rekaan unik topi panjang digelar ‘Kullah’.

Mohammad Jamil Abdul Hamid, 65, ketika ditemui berkata, topi itu istimewa kerana ia mengambil rekaan asal topi yang digunakan askar Pakistan.

Katanya, apa yang membezakan adalah topi panjang itu diubah suai dan menggunakan corak seperti Jalur Gemilang.

“Baju, seluar dan jaket ini saya jahit sendiri termasuk ‘Kullah’ (bahasa Punjabi),” katanya.

Katanya, biarpun berdepan penyakit darah tinggi, namun dia gagahkan diri untuk hadir ke Dataran Putrajaya seawal 4 pagi supaya tidak terlepas peluang menyaksikan sambutan itu.

Mohammad Jamil berkata, setiap tahun dia tidak akan gagal hadir ke lokasi sambutan Hari Kebangsaan sama ada di Putrajaya atau di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Katanya, pakaian ini sudah lama direka dan ia akan dipakai setiap kali menyambut Hari Kebangsaan bagi melahirkan semangat patriotik dalam kalangan golongan muda.

“Modal dikeluarkan bagi menghasilkan pakaian ini tidaklah mahal kerana kesemuanya disediakan sendiri.

“Paling teruja apabila orang ramai mendekati saya untuk merakam gambar kenangan kerana tertarik dengan pakaian unik ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya