BEIJING : Satu insiden kemalangan di sebuah lombong arang batu di barat daya China pada Rabu telah meragut nyawa tujuh orang manakala seorang lagi masih terperangkap, demikian menurut laporan media negara tembok besar itu. Menurut penyiar rasmi CCTV, kejadian berlaku sekitar pukul 10 pagi ketika para pekerja sedang menutup saluran pengudaraan di lombong arang batu di bandar Leshan, wilayah Sichuan. Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai kejadian tersebut tidak dinyatakan, namun laporan menyebut kemalangan itu pada awalnya menyebabkan lapan orang terperangkap. Sehingga pukul 2 petang, sebanyak tujuh orang telah ditemukan meninggal dunia,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya