Tujuh ditahan melombong bitcoin secara haram

Tujuh ditahan melombong bitcoin secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tujuh individu ditahan kerana disyaki terlibat kegiatan melombong mata wang digital atau bitcoin haram menerusi Op Khas di Bandar Baru Salak Tinggi dan Taman Putra Perdana di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisyen Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tiga lelaki tempatan dan empat warga asing berusia 30 hingga 74 tahun itu ditahan berasingan dalam operasi berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kesemua individu ditahan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Op Khas ini dilaksanakan bertujuan mengesan kegiatan melombong bitcoin haram dengan mencuri bekalan elektrik itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, antara barangan dirampas dalam itu ialah 52 buah mesin bitcoin, dua buah kenderaan, tiga buah komputer riba dan tujuh buah telefon bimbit bernilai keseluruhan RM250,000.

Wan Kamarul Azran berkata, turut dirampas peralatan perkakas pendawaian, satu gulung wayar dan sebuah ‘exhaust fan’ dipercayai digunakan bagi tujuan melombong bitcoin haram dengan mencuri bekalan elektrik.

Menurutnya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN