LOS ANGELES: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuat naik hantaran palsu di media sosial mendakwa bintang pop terkenal, Taylor Swift meminta orang ramai mengundinya dalam Pilihan Raya Presiden, November ini. Calon Presiden Republikan itu memuat naik mesej ‘Saya terima!’, bersama imej Swift berpakaian merah, putih dan biru dengan kapsyen ‘Taylor Swift mahu anda mengundi Donald Trump’. Imej tersebut kelihatan dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI). Hantaran itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminat Swift, dikenali sebagai Swifties, yang menuduh Trump menyebarkan maklumat palsu. Ini kerana, penyanyi tersebut belum menyatakan sokongan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya