Transformasi perkhidmatan awam 100 hari pertama KSN baharu

Transformasi perkhidmatan awam 100 hari pertama KSN baharu

SHAMSUL Azri Abu Bakar menyampaikan Sijil Lantikan Pegawai Kenegaraan Kementerian kepada wakil kementerian di di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dijangka mengumumkan transformasi perkhidmatan awam sepanjang 100 hari pertama dilantik selepas dilantik ke jawatan itu pada 12 Ogos lalu.

Beliau berkata, rangka kerja perubahan itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapat sokongan daripada kesemua ketua setiausaha kementerian.

Katanya, antara perubahan terbesar bakal dilaksanakan ialah kajian semula pelbagai misi agensi kerajaan di luar negara yang boleh digabung selain penilaian semula ratusan undang-undang dan peraturan lapuk melebihi 20 tahun.

Begitu juga katanya, langkah penjimatan belanjawan tahunan bagi mengelak pembaziran serta pertukaran kakitangan yang bertugas selama lebih tujuh tahun di sesuatu tempat.

“Kalau boleh awal, saya akan bentang lebih awal namun apa yang penting ialah kita mahu perkhidmatan awam sentiasa relevan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Sijil Pelantikan Pegawai Kenegaraan Kementerian dan Jabatan Utama di sini hari ini.

Ditanya mengenai teguran terhadap sikap penjawat awam ‘curi masa’ ketika bekerja yang disentuhnya dalam ucapan, beliau berkata, pihak kerajaan boleh mencegah secara tegas.

Justeru, beliau meminta semua ketua setiausaha kementerian agar sentiasa memantau rapi isu berkenaan kerana sikap buruk tersebut boleh menjejaskan imej baik sektor awam.

“Saya namun berpendapat adalah lebih baik tindakan hukuman bersifat amalan pembudayaan positif sehingga dijadikan budaya dan akhirnya berdisiplin,” tambah Shamsul Azri lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN