Tragedi tanah jerlus: Operasi hari ke-9 diteruskan

Tragedi tanah jerlus: Operasi hari ke-9 diteruskan

PENGAMAL media masih berkumpul di kawasan lokasi kejadian bagi menunggu sebarang perkembangan terkini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah jerlus melibatkan wanita warga India di Jalan Masjid India yang memasuki hari ke sembilan hari ini.

Pengamal media masih berkumpul di kawasan lokasi kejadian bagi menunggu sebarang perkembangan terkini.

Difahamkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa akan membuat sidang akhbar di Masjid India di sini pada 2 petang.

Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan memaklumkan pasukan SAR meneruskan operasi sehingga 4 pagi.

Operasi diteruskan dengan penggunaan kamera teleskopik bagi melihat imej lebih jelas terutama di lurang kumbahan dua di kawasan pencarian yang dikesan tersumbat akibat sisa sampah dan backlog.

Menurut kenyataan itu lagi, kamera itu mempunyai gabungan teknologi yang terdapat pada kamera push rod dan crawler yang digunakan sebelum ini.

Tinjauan mendapati laluan di Jalan Masjid India masih lagi ditutup untuk semua jenis kenderaan.

Selain itu, premis perniagaan di sekitar kawasan ini didapati beroperasi seperti biasa.

Operasi SAR yang dijalankan sejak hari pertama kejadian melibatkan seramai lebih 115 anggota dan pegawai yang terlibat dalam operasi tersebut membabitkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Pertahanan Awam, Indah Water Konsortium, Agensi Nuklear Malaysia serta Jabatan Mineral dan Geosains.

24 Ogos lalu, seorang wanita warga India dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN