TLDM guna pakar swasta selamatkan aset penting KD Pendekar

TLDM guna pakar swasta selamatkan aset penting KD Pendekar

MOHAMED KHALED NORDIN (kiri) menyerahkan sumbangan komputer riba sempena pelancaran program e-Perkasa SPM Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Kem Mahkota di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kerja-kerja operasi salvaj (penyelamatan) kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pendekar yang tenggelam selepas mengalami kebocoran akibat melanggar objek bawah air pada 25 Ogos lalu akan menggunakan kepakaran swasta. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, apa yang dilakukan melalui operasi salvaj adalah usaha awal TLDM untuk mengeluarkan peralatan penting seperti persenjataan serta perkara berkaitan rahsia negara. 

Katanya, secara kebiasaannya kerajaan akan mengambil pihak luar untuk melakukan kerja-kerja seperti ini kerana mereka mempunyai kepakaran. 

“Siasatan berkaitan insiden kebocoran kapal itu dijangka siap dalam tempoh sebulan dan akan dimaklumkan sebaik sahaja diperoleh. 

“Punca kematian anggota penyelam masih belum diperoleh daripada TLDM,” katanya. 

Mohamed Khaled berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran program e-Perkasa SPM Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Kem Mahkota di sini, hari ini.

Sementara itu, seramai 969 anak anggota tentera yang bersekolah di luar kem untuk menghadapi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di seluruh negara menerima manfaat melalui program berkenaan. 

Ujarnya, program sulung dengan kerjasama Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) secara dalam talian itu membolehkan semua pelajar terlibat mengakses pada bila-bila masa atau menetapkan masa bersesuaian untuk mereka mengikuti pembelajaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN