GEORGE TOWN : Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menipu seorang wanita untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pramugari sehingga mangsa kerugian lebih RM300,000 tahun lepas. Tertuduh, Tan Chun Hooi, 37, membuat pengakuan tersebut dan meminta supaya dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin. Berdasarkan pertuduhan, Chun Hooi, telah memperdayakan seorang wanita berusia 38 tahun untuk mempercayai bahawa tertuduh berupaya mendapatkan pekerjaan untuk wanita itu sebagai pramugari di Singapore Airlines. Perbuatan tertuduh itu mendorong mangsa menyerahkan wang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya