Tinjauan rakyat dahulu sebelum perkenal undang-undang baharu - Azalina

Tinjauan rakyat dahulu sebelum perkenal undang-undang baharu – Azalina

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebarang penggubalan undang-undang baharu selepas ini bakal melalui proses tinjauan awam ala bancian dan menerima maklum balas rakyat demi memberi pemahaman awal kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, amalan pada masa ini menyaksikan undang-undang diwujudkan tanpa mengambil kira suara rakyat, malah mencetuskan salah faham apabila dikuatkuasakan.

“Contoh terdekat ialah pendaftaran platform media sosial apabila ramai terkeliru sangka kerajaan mengawal pengguna siber walhal realitinya bukan sedemikian,” tegasnya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri acara Perhimpunan Bulan Ogos 2024 di sini hari ini.

Usaha ini juga katanya, selaras dengan pelancaran Penilaian Garisan Asas Kebangsaan untuk Pelan Tindakan Nasional bagi Bisnes dan Hak Asasi Manusia oleh bahagian itu.

“Kita mahu setiap undang-undang baharu yang diwujudkan kelak memberi kesejahteraan kepada rakyat dan dapat mengekalkan kemakmuran kepada ekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, Azalina berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) berhasrat agar Belanjawan 2025 depan akan memberi tumpuan kepada pendigitalan sistem perundangan negara, malah menjadi fokus pentadbirannya tahun depan dengan memanfaatkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Saya sudah tengok pemakaian AI sebenarnya menjadi cara baharu malah berjaya dalam urusan insolvensi sebelum diperluaskan kepada bantuan guaman dan mediasi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN