Tiga lelaki Cameroon proses wang palsu tumpas Tiga lelaki Cameroon proses wang palsu tumpas

Tiga lelaki Cameroon proses wang palsu tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket memproses  wang palsu  susulan penahanan tiga lelaki warga Cameroon  dalam dua serbuan  di sekitar ibu negara pada 15 Ogos lalu. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ketiga-tiga  lelaki berusia 36 hingga 49 tahun itu dipercayai  dalang sindiket membuat wang palsu.

“Siasatan awal mendedahkan sindiket ini memulakan kegiatan penghasilan wang palsu sejak Julai lalu  dengan tujuan dijual kepada pembeli yang berminat. 

“Dalam kedua-dua serbuan tersebut, polis merampas 4,770  keping wang kertas RM100 dan  152 keping wang kertas AS$100 yang semuanya dipercayai palsu, sembilan bungkus blok RM100 juga  palsu serta  tujuh unit telefon bimbit,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini, hari ini. 

Menurut beliau, polis turut merampas  segugus kunci rumah  bersama kad akses, dua beg galas, sebuah beg bimbit, tiga gulung plastik pembalut, sebotol gam, sebilah pisau pemotong kertas, sebatang pembaris, satu pita pelekat, empat keping pasport dan sebuah kereta Toyota Vios. 

“Siasatan turut mendapati seorang daripada tiga yang ditahan masuk ke negara ini pada 28 Julai lepas menggunakan pas pelawat, namun dua lagi individu tidak mempunyai rekod perjalanan.

“Kesemua suspek ditahan reman sehingga hari ini dan akan disambung lagi dua minggu di bawah tahanan reman Jabatan Imigresen Malaysia mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya dengan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya