Tidak nampak ada pelapis baru boleh berlakon aksi - Ruzaidi - Utusan Malaysia

Tidak nampak ada pelapis baru boleh berlakon aksi – Ruzaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan koreografer seni mempertahankan diri, Ruzaidi Abdul Rahman, berpendapat pelakon muda hari ini tidak mempunyai kemahiran menjadi pelapis aktor adegan aksi.

Menurutnya, sepanjang perhatian membimbing bakat baru, kebanyakan pelakon hanya mempunyai tubuh dan wajah yang baik namun tidak mempunyai asas pengetahuan berlawan.

“Baru-baru ini saya diminta untuk melakukan koreografer untuk babak aksi, pelakonnya memang tegap tetapi tidak boleh bertumbuk dan berlawan.

“Saya kecewa melihat pelakon baharu itu. Badan cantik, muka dah kacak tetapi tak boleh berlawan. Dia kena buat juga aksi perlawanan itu tapi tidak ‘cantiklah’.

“Betapa susahnya saya nak mengajar dia berlawan. Semuanya teknik asas mempertahankan diri pun dia tak boleh buat,” katanya.

Ruzaidi ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana dan sidang media filem Pungut, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, pelakon Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu gusar sekiranya industri seni tanah air akan ketandusan hero yang versatil dan tidak mampu bersaing dengan naskhah daripada negara luar.

“Saya belum lihat lagi ada pelakon baharu yang berpotensi melakonkan filem aksi. Kalau ada pun semuanya dibuat-buat. Macam mana kita nak bersaing dengan negara luar?

“Untuk menjadi seorang hero, seseorang itu perlu mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Jika wajah kacak, itu bonus,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ruzaidi bakal tampil dalam filem Pungut memegang watak Salleh. Pungut mengisahkan tentang pergolakkan yang terjadi di pusat pelupusan sampah.

Filem arahan Areel Abu Bakar ini akan menemui penonton bermula 29 Ogos ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya