Tiada persefahaman dengan Ira Kazar, Syamsul Yusof failkan cerai? - Utusan Malaysia

Tiada persefahaman dengan Ira Kazar, Syamsul Yusof failkan cerai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada persefahaman didakwa menjadi sebab utama pengarah terkenal, Syamsul Yusof, memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar. 

Menurut satu laporan akhbar, Syamsul memfailkan permohonan berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.

Sebelum ini, timbul desas desus kononnya hubungan pasangan ini sudah menjadi dingin, namun tiada yang membuka mulut untuk memberikan pengesahan.

Tidak hanya itu, muncul juga spekulasi mengatakan anak kepada pelakon Kazar Saisi itu sudah berbadan dua. 

Terdahulu, pada Januari, Syamsul memuat naik sebuah video di Instagram memaklumkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Selatan Thailand. 

Susulan itu, isteri pertamanya, pelakon, Puteri Sarah memfailkan perceraian dan berpisah pada 14 Jun lalu. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya