Tiada penjelasan tepat Meta punca turunkan kandungan PM

Tiada penjelasan tepat Meta punca turunkan kandungan PM

LOGO Meta dipaparkan semasa pameran teknologi dan inovasi Vivatech, di pusat pameran Porte de Versailles di Paris, pada 22 Mei 2024.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan sehingga kini belum menerima penjelasan tepat dari Meta Platforms Inc (Meta) berhubung tindakan platform itu menurunkan sebahagian kandungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Meta bagaimanapun menyatakan komitmen untuk terus mengadakan perbincangan dan menerima maklum balas serta input daripada kerajaan.

“Sehingga kelmarin, kita tidak dapat maklumat yang tepat mengenai apa yang mengakibatkan kandungan dan kandungan dimuat naik dalam Facebook dan Instagram yang diturunkan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, dalam pertemuannya bersama wakil Meta kelmarin, tiga wakil Meta itu dilihat tidak serius, malah tidak membawa apa-apa dokumen bersama dalam perbincangan itu.

Fahmi berkata, apabila soalan dibangkitkan kepada wakil Meta itu berhubung tiga kandungan yang diturunkan itu, wakil Meta dilihat teragak-agak untuk menjawab dan tidak tahu mengenai penurunan kandungan itu.

“Saya dapat rumuskan bahawa mereka tidak bersedia untuk bertemu dengan kami kelmarin,” katanya.

Semalam, Anwar dilapor sudah menerima permohonan maaf daripada Meta Platforms Inc (Meta) berhubung tindakan menurunkan kandungan berkaitan isu Palestin di akaun Facebook dan Instagram milik beliau.

Malah, pada Isnin lalu, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri telah memanggil Meta untuk memberikan penjelasan berhubung tindakan menurunkan kandungan berkaitan isu Palestin di platform media sosial Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya