SUNGAI PETANI: Semua pengusaha stesen minyak di negeri ini diarahkan tidak menjual diesel dan petrol secara berulang kepada kenderaan tempatan serta asing pada hari sama, bermula hari ini. Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, arahan itu dikeluarkan kepada kesemua 375 stesen minyak dan pemegang lesen runcit diesel serta semua gred petrol di Kedah. Beliau berkata, pihaknya sudah menyerahkan surat arahan tersebut dalam sesi perjumpaan bersama pengusaha-pengusaha stesen minyak di negeri ini. “Arahan ini dikeluarkan mengikut Peraturan 12A, Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya