Thailand rekod kes baharu Mpox

Thailand rekod kes varian baharu Mpox

SIMPTOM cacar monyet.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand melaporkan disyaki kes pertama Cacar Monyet atau Mpox varian baharu lebih berbahaya selepas wabak itu diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai kecemasan kesihatan awam global.

Memetik laporan AFP,  ia membabitkan warga Eropah yang mengunjungi Thailand dari negara Afrika.

Menurut Ketua Jabatan Kawalan Penyakit, Thongchai Keeratihattayakorn, ujian makmal sedang dijalankan untuk mengesahkan kes berkenaan tetapi pegawai percaya ia varian Clade 1. 

“Pesakit kini dikuarantin di hospital. Kami telah melakukan ujian dan mereka pasti mpox dan ia pastinya bukan Clade 2,” kata Thongchai.

Minggu ini, Filipina mencatatkan kes pertama Mpox namun belum mengesahkan jenis varian terlibat.

Penyakit ini disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh haiwan yang dijangkiti tetapi disebarkan dari manusia ke manusia melalui sentuhan fizikal yang rapat, menyebabkan demam, sakit otot dan lesi kulit yang besar seperti bisul.

Walaupun Mpox dikenali selama beberapa dekad, strain baharu yang lebih maut dan lebih mudah ditularkan, dikenali sebagai Clade 1b, sekali gus mendorong lonjakan kes baru-baru ini.

Clade 1b menyebabkan kematian dalam kira-kira 3.6 peratus kes, dengan kanak-kanak lebih berisiko, menurut WHO.

Pada 15 Ogos Sweden melaporkan kes Clade 1 pertama yang disahkan di luar Afrika.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya