PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang; Hospital Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur yang membuat pemeriksaan ke atas beliau. “Terima kasih kepada seluruh perawat, pakar dan staf perubatan Hospital Serdang, Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Alhamdulillah sihat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini. Semalam, Anwar menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikendalikan pasukan pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di HSIS. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor semalam, tahap kesihatan Perdana Menteri dalam keadaan optimum.- UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya