ALOR SETAR: Para petani di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) tidak perlu bimbang dengan jangkaan musim 2/2024 yang dikatakan mungkin terjejas sekiranya cuaca berterusan panas dan tidak berlaku hujan. Pengurus Besar MADA, Kamarudin Dahuli berkata, rekod sebelum ini menunjukkan takungan semasa di empangan kendalian pihaknya masih mampu menampung pengairan musim tanaman padi berikutnya tahun ini. “Mungkin ada kerisauan pesawah-pesawah tetapi insya-Allah kita boleh bekalkan air bagi tujuan pengairan. Daripada simulasi dibuat dan berdasarkan rekod 20 tahun lepas, kita akan dapat bekalkan air untuk tujuan pengairan tanaman padi musim 1/2024…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya