Tanah jerlus: Pasukan SAR tumpu lima ruang cari mangsa

Tanah jerlus: Pasukan SAR tumpu lima ruang kumbahan cari mangsa

KERJA-KERJA menyelamat mangsa yang hilang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Operasi pencarian wanita warga India yang terjatuh dalam tanah jerlus di kawasan Masjid India, di sini ditumpukan di lima ruang kumbahan yang terdapat dalam lingkungan dua kilometer kawasan radius pencarian.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, setiap penutup ruang berkenaan akan dibuka sekiranya mangsa terperangkap di salah satu saluran yang ada.

Kata beliau, setiap saluran yang mempunyai kedalaman lapan meter itu diletakkan penghadang bagi menyekat sebarang pergerakan.

“Kita memulakan pencarian hari ini dengan memberi keutaman laluan pembetung itu.

“Anggota kita telah ditempatkan di setiap lokasi berkenaan bagi mengesan sekiranya ada pergerakan mangsa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Pelancaran Kelab Bomba Cilik JBPM di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN