Tanah jerlus: Orang awam dilarang melepasi halangan polis

Tanah jerlus: Orang awam dilarang melepasi halangan polis

KETUA Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orang ramai sekali lagi diingatkan menjauhi lokasi insiden tanah jerlus di Masjid India, untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi,  Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, larangan itu susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selain kerja-kerja dijalankan di dua lokasi iaitu tanah jerlus dan mendapan.

“Polis mengambil langkah menutup laluan sepanjang Jalan Masjid India bermula dari lokasi kejadian sehingga ke Semua House, namun dilihat masih ramai yang tidak mengikuti arahan.

“Penutupan ini dijalankan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini. 

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak memasuki laluan yang diletakkan pita keselamatan.

“Patuhi nasihat anggota polis, jangan sewenangnya melalui kawasan yang tidak dibenarkan. Elakkan mendekati lokasi berkenaan terutama lokasi yang mana pasukan penyelamat sedang menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR) ketika ini,” katanya.

Jumaat lalu, seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, berasal dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.

Operasi SAR membabitkan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Indah Water Konsortium (IWK). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya