Tanah jerlus: Operasi mencari wanita warga India masih diteruskan - Utusan Malaysia

Tanah jerlus: Operasi mencari wanita warga India masih diteruskan

LOKASI terakhir wanita warga India sebelum dilaporkan terjatuh kedalam tanah jelus di sekitar kawasan Masjid India Kuala Lumpur jumaat lalu. Gambar NURUL NAJWA HASRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat wanita warga India yang terjatuh dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini diteruskan sepanjang hari keenam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memasuki saluran kumbahan secara upstream dari lurang kumbahan utama di Wisma Yakin iaitu lokasi kejadian.

“Selain itu, kerja-kerja shoring secara manual dan kerja-kerja penggalian juga telah dijalankan.

“Pasukan Unit Pengesan (K9) telah dibawa masuk bagi mengesan mangsa,” katanya.

Menurutnya, kerja–kerja mengesan menggunakan Ground Penetrating Radar (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) diteruskan
dan akan bersambung esok.

Setakat pukul 10 malam ini, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, penyelam dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bersiap-sedia untuk turun di lurang kumbahan utama bagi mencari mangsa.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata, kerajaan buat masa ini memfokuskan kepada pencarian wanita warga India yang terjatuh pada Jumaat lalu.

Jelasnya, setakat ini mangsa gagal ditemukan walaupun segala kemungkinan termasuk menggunakan teknologi.

“Segala kemungkinan sudah pun dibuat di kawasan ini, teori serta teknologi termasuk sistem pembentungan sehingga IWK di Pantai Dalam.

“Bagaimanapun usaha untuk kita mencari belum berjaya. Jadi SAR hari ini memfokus di kawasan ini (Masjid India),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN