Tanah jerlus Masjid India: Hentikan spekulasi, jangan jadi ‘pakar’ -TPM Tanah jerlus Masjid India: Hentikan spekulasi, jangan jadi ‘pakar’ -TPM

Tanah jerlus Masjid India: Hentikan spekulasi, jangan jadi ‘pakar’ -TPM

HARIS Fadillah bercakap dalam sidang akhbar di lokasi kejadian tanah jerlus Jalan Masjid India, di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi susulan beberapa kejadian tanah jerlus di Masjid India di sini. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pasukan operasi setakat ini giat menjalankan siasatan berkaitan insiden tersebut. 

 “Semua pihak diharapkan jangan membuat spekulasi, kita tahulah setiap kali apa-apa saja berlaku, ramailah ‘pakar’ akan keluar”.

“Disebabkan ia (spekulasi) tidak membantu apa-apa, jadi biarlah pihak yang terlibat menjalankan siasatan.

“Sekarang, tumpuan kita adalah untuk mencari dan menyelamat (SAR)  mangsa dan kita kena jaga sensitiviti keluarga mangsa supaya fokus kepada operasi,” ketika sidang akhbar di lokasi kejadian tanah jerlus Jalan Masjid India, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai keselamatan sekitar lokasi kejadian, beliau mengesahkan kawasan di sini adalah selamat dan menggesa orang awam agar mengikut arahan pihak bertugas atas faktor keselamatan.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini kawasan di laluan utama Masjid India di sini ditutup bagi semua kenderaan. 

“Untuk sekarang, kawasan ini selamat. Tempat-tempat yang dilarang jangan masuk dulu. Patuhilah segala arahan daripada pihak berwajib khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya