Tanah jerlus: Kerajaan sedia pertimbang pampasan, keluarga terima SAR dihenti

Tanah jerlus: Kerajaan sedia pertimbang pampasan, keluarga terima SAR dihenti

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimbangkan untuk memberi pampasan kepada keluarga mangsa insiden tanah jerlus di Masjid India di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, bagaimanapun perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat.

Ditanya berhubung reaksi keluarga mangsa mengenai pencarian mangsa dihentikan, beliau memaklumkan, pihak keluarga menerima sekiranya pihak kerajaan terpaksa menghentikan SAR.

“Pada hari pertama mereka sangat sedih dan sukar menerima selain mohon untuk kita cepat menemukan mangsa.

“Kita memberi jaminan akan lakukan secepat mungkin namun beberapa hari kemudian kita sentiasa bertemu dengan mereka dan mula menerima serta bersetuju kalau kita terpaksa berhenti pencarian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, BN Reddy turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan dalam pencarian mangsa.

“Beliau faham dalam kesungguhan dilakukan pihak SAR dan memahami jika kita perlu ambil keputusan memberhentikannya dan akan membantu bersama menyatakan keputusan kita ini kepada keluarga.

Terdahulu, Dr. Zaliha memaklumkan operasi mencari dan menyelamat wanita warga India yang terjatuh di lokasi kejadian dihentikan serta-merta pada hari kesembilan.

Katanya, keputusan itu diambil atas beberapa faktor terutamanya disebabkan keselamatan anggota dan orang ramai.

23 Ogos lalu, seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, berasal dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya