Tanah jerlus di Masjid India: Polis tutup laluan sepanjang 1.4 meter

Tanah jerlus di Masjid India: Polis tutup laluan sepanjang 1.4 meter

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis sudah mengarahkan laluan sepanjang 1.4 meter di Jalan Masjid India ke Jalan Raja Laut yang terlibat dengan tanah jerlus ditutup susulan mendapan baharu dikesan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, penutupan itu melibatkan laluan yang mempunyai lima pembetung dan arahan berkait perkara tersebut sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah Dang wangi dan Ketua Polis Negeri.

“Kita (polis) tutup laluan itu sahaja dan tidak mengeluarkan arahan supaya kawasan-kawasan lain turut berbuat demikian.

“Perniagaan tidak ditutup, urus niaga masih berlangsung seperti biasa. Laluan ke pembetung itu sekitar 50 hingga 70 meter sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kelantan antara Datuk Muhamad Zaki Harun yang bersara wajib pada 31 Ogos ini dengan Pemangku Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby di sini, hari ini.

Razarudin memberitahu, kawasan yang ditutup itu tidak melibatkan laluan masuk kenderaan.

Katanya, beliau tidak mahu menyentuh panjang perkara tersebut kerana ia melibatkan soal teknikal.

“Belum masanya untuk wartakan sebagai zon tidak selamat. Untuk berbuat demikian kita perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mengisytiharkannya sebagai bencana.

“Ini bukan bencana, tetapi tindakan polis termasuk bomba dan agensi berkaitan seolah-olah seperti bencana. Kita buka Pusat Kawalan Operasi Bersepadu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya