Tampil imej nakal, Remy Ishak tak kisah dikecam - Utusan Malaysia

Tampil imej nakal, Remy Ishak tak kisah dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Remy Ishak mengejutkan ramai dengan penampilan ’baharunya’ ketika sidang media drama terbaru, The Secret.

Kata Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 42, yang tambil dengan imej bertindik di bahagian hidung menjelaskan gaya itu hanya fesyen semata-mata.

“Saya pakai ini tindik hidung ini hanya palsu dan sekadar fesyen sahaja.

“Dulu tak boleh buat, nanti kena kecam sebab belum kahwin dan mempunyai anak.

“Sekarang sudah ada dua-dua itu, lantaklah netizen nak cakap apa pun,” katanya ketika ditemui.

Melayangkan pertanyaan mengenai berat badan yang semakin susut, pelakon filem The Experts itu mendedahkan dia baru sahaja sembuh daripada demam kerana jangkitan Influenza B.

“Saya berjangkit virus itu ketika buat teater di Melaka. Balik daripada teater itu, saya rasa penat semacam dan bila buat ujian kena Influenza B.

“Kesannya macam kena demam denggi hingga menyebabkan berat badan saya turun daripada 85 ke 81 kilogram.

“Isteri saya, Ezza pun terjangkit sama. Kami bersyukur antibodi anak kuat dan dia okay,” katanya.

The Secret yang bakal memulakan tayangan menerusi platform penstriman Viu mulai esok.

Selain Remy, pelakon lain yang akan membarisi drama berkenaan adalah Siti Saleha, Sara Mack Lubis, Ucop, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN