Taiwan giat tarik pelancong muslim Malaysia

Taiwan giat tarik pelancong muslim Malaysia

Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran Pelancongan Taiwan, Chou Ting Chang (tiga dari kiri) diikuti Nabila Razali dan Presiden Pusar Persahabatan dan Perdagangan Malaysia, Azinah Ghani bersama tetamu dalam majlis Pelancaran Jom Taiwan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biro Pelancongan Taiwan melancarkan video promosi perjalanan mesra Muslim dengan memperkenalkan artis Nabila Razali sebagai duta pelancongan negara berkenaan.

Biro Pelancongan Taiwan dalam satu kenyataan berkata, video berkenaan dengan tema ‘Salam Taiwan 2024 Jom Taiwan’ itu menerima sentuhan Pengarah Ooi Shi Wei dari Akademik Golden Horse dan pempengaruh Neollene dengan menampilkan trend bandar, ekopelancongan dan budaya.

“Video promosi itu akan disiarkan menerusi iklan televisyen Malaysia, papan iklan elektronik luar dan platform dalam talian.

“Penggunaan tema ‘Salam Taiwan’ ini untuk menonjolkan Taiwan sebagai destinasi yang mengalu-alukan kedatangan pelancong Muslim dari negara ini,” katanya semalam.

Menurut kenyataan itu, lebih 40 wakil media dari Malaysia telah dijemput ke Taiwan untuk merasai sendiri pengalaman pelancongan mesra Muslim Taiwan dan keindahan semula jadinya.

“Pada tahun ini, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan promosi komprehensif yang menyasarkan pasaran pelancongan untuk muslim Malaysia,” jelasnya.

Biro itu turut melancarkan risalah perjalanan Muslim baharu dan kempen pengundian 72 jam di Taiwan untuk menjemput rakyat Malaysia mengundi jadual perjalanan ke negara itu yang mereka gemari di laman web. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN