Syor nama jalan Sharifah Aini hargai biduanita negara

Syor nama jalan Sharifah Aini hargai biduanita negara

ALLAHYARHAM SHARIFAH AINI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebagai menghargai dan mengenang jasa Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam dunia seni tanah air, sebatang jalan raya dengan nama khas biduanita itu wajar diwujudkan.

Cadangan itu disuarakan penulis lirik, Slen Fadzil iaitu antara kenalan rapat Allahyarham semasa hayatnya.

Slen atau nama sebenarnya, Roslen Fadzil berkata, jalan raya dengan nama khas Allahyarham biduanita terkemuka tanah air itu sepatutnya sudah lama wujud namun sehingga kini belum ada pihak yang merealisasikannya.

“Sepatutnya kita kena wujudkan sebatang jalan raya de­ngan nama Sharifah Aini atau Sharifah Aini Avenue. Ia adalah untuk diabadikan khas buat Allahyarham dalam mengenang jasa dan sumbangannya dalam arena seni tanah air.

“Kita semua tahu, semasa hayatnya, Allahyarham telah mencipta kejayaan dan berada di kelas tersendiri sehingga diangkat sebagai Biduanita Negara pada 2006.

“Perkara ini juga pernah di­suarakan oleh rakan-rakan baik Allahyarham yang lain,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Selain itu, kata Slen, cada­ngan berkenaan disifatkan wajar kerana sebagaimana Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sharifah Aini juga dianggap sebagai tokoh seni yang dihormati sehingga ke hari ini.

“Macam juga Jalan P. Ramlee, kalau kita boleh beri nama kepada tokoh-tokoh lain, kenapa tidak kepada beliau? Rasanya cadangan ini akan dapat me­nyuntik kenangan dan ingatan buat arwah.

“Ini kerana semasa hayatnya, Sharifah Aini sangat dikagumi dan dihormati oleh semua pe­minat pelbagai kaum, sama ada dari sudut suara, karya muzik­nya, imej dankerjaya seni lakon termasuk personaliti dan ke­peribadiannya yang baik.

“Kalau diwujudkan jalan ini atau sebuah galeri khas buat Allahyarham, saya percaya ia akan sentiasa menjadi sebutan masyarakat dan istimewa buat rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN