Syamsul Yusof akur ketetapan tarikh sebut semula kes cerai - Utusan Malaysia

Syamsul Yusof akur ketetapan tarikh sebut semula kes cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK : Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak menetapkan 25 September depan sebagai tarikh baharu sebutan semula kes perceraian pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Peguam mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, kedua-dua pihak perlu hadir pada tarikh tersebut.

“Mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula iaitu 25 September, pukul 3 petang.

“Pada tarikh tersebut Ira hendaklah hadir bersama peguam dia, begitu juga dengan Syamsul.

“Kalau ikut prosedur, mahkamah akan tanya Ira sama ada setuju atau tak dengan tuntutan cerai. Jika setuju, Syamsul boleh lafaz cerai,”katanya.

Azmi berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Timur, hari ini.

Ditanya mengenai respons Syamsul mengenai tarikh sebutan semula, Azmi berkata pengarah filem KL Gangster terbabit akur dengan keputusan mahkamah.

“Seperti saya katakan, Syamsul memang bersedia melafazkan dan melepaskan Ira hari ini. Syamsul terpaksa akur apabila tunda tarikh baharu. Saya difahamkan mereka memang tiada kesefahaman.

Dalam pada itu, Azmi turut berkongsi keadaan Syamsul berhubung kemulut rumah tangganya.

“Syamsul nampak tenang sahaja,”katanya ringkas.

Pada 19 Ogos, Azmi mengesahkan Syamsul Yusof telah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar atas sebab mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya pada Januari tahun lalu.

Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka itu berakhir dengan penceraian apabila pengarah itu melafazkan talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN