Syamsul tidak ‘buka mulut’ lafaz cerai luar mahkamah

Syamsul tidak ‘buka mulut’ lafaz cerai luar mahkamah

Syamsul Yusof berkahwin dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar pada 6 Januari 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Peguam syarie mewakili Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais mengakui tidak mengetahui mengenai dakwaan anak guamnya itu sudah melafazkan cerai terhadap isterinya di luar mahkamah.

Malah, menurut Azmi, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu kepadanya.

“Setakat ini saya tidak menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan lafaz di luar mahkamah. Saya juga tidak menerima saman atau dimaklumkan oleh Syamsul berkaitan hal ini.

“Syamsul hanya memfailkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS),” katanya.

Azmi memaklumkan perkara itu ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.

Selain itu, katanya, Syamsul juga menerima dengan hati terbuka apabila tidak dapat melafazkan cerai terhadap Ira Kazar, semalam.

AZMI RAIS

“Dia terima sahaja. Dan menanti tarikh sebutan yang seterusnya (25 September) ini,” katanya.

Syamsul menfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu kerana dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman.

Sebutan yang sepatutnya berlangsung pada 27 Ogos itu terpaksa ditunda kepada 25 September ini memandangkan Ira baru sahaja melantik peguam.

Menurut Azmi lagi, Syamsul juga sudah bersedia untuk lafaz cerai tetapi defendan (Ira) tidak hadir.

“Difahamkan defendan telah melantik peguam dan saya dimaklumkan malam semalam oleh peguamnya yang Ira tidak akan hadir hari ini (semalam). Disebabkan itu, saya juga menasihatkan plaintif untuk tidak hadir walaupun plaintif sudah bersedia untuk lafaz cerai pada Ira.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya