Suspek bawa kerambit suspek sama baling bom petrol di pusat hiburan

Suspek bawa kerambit suspek sama baling bom petrol di pusat hiburan

RUSHDI Mohd Isa memeriksa kawalan hormat ketika hadir majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Putrajaya di IPD Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis mengesahkan suspek yang membawa kerambit ketika perlawanan bola sepak baru-baru ini adalah suspek sama terbabit membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan pada 9 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perkara itu disahkan menerusi hasil siasatan, rakaman percakapan saksi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pengecaman.

Beliau berkata, susulan itu, suspek berusia 22 tahun itu akan dituduh esok masing-masing mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan Senjata Berbahaya, Seksyen 336 (perbuatan membahayakan nyawa dan keselamatan orang lain) dan  Seksyen 435 perbuatan khianat dengan api.

“Dia (suspek) ini adalah wanted (dikehendaki) berkait satu kes iaitu kes baling molotov cocktail (bom petrol) di depan pusat hiburan. Inilah orangnya.

“Insya-Allah esok suspek akan dituduh bagi kedua-dua kes di Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya dalamsidang akhbar selepas menghadiri majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Putrajaya, hari ini.

Katanya, suspek sebelum ini ada dua rekod jenayah lampau masing-masing merusuh dan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan.

Sebelum ini, suspek yang juga pemain bola sepak amatur ditahan selepas mengacukan objek tajam dalam perselisihan faham ketika perlawanan bola sepak di KLFA Football Centre, 4 Ogos lalu.

Susulan itu, polis menahan suspek bersama teman wanitanya berusia 21 tahun bagi membantu siasatan.

Terdahulu, dalam kejadian 9 Mei lalu, sekumpulan individu bertindak membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Video kejadian itu tular di media sosial di mana CCTV memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.

Satu lagi rakaman video berdurasi 42 saat yang turut tular di media sosial pula menunjukkan premis berkenaan terbakar sebelum orang awam membantu memadamkan kebakaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN