Suri rumah dipercayai mati dibunuh 

Suri rumah dipercayai mati dibunuh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Mayat seorang suri rumah berusia 28 tahun dengan kesan jerutan pada leher, ditemukan di bilik tidur di kediamannya di Indera Mahkota pada 15 Ogos lalu, dipercayai meninggal dunia akibat tekanan pada bahagian leher.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, punca kematian terbabit diperoleh hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa.

Katanya lagi, kesemua ahli keluarga mangsa yang ditahan sejak 16 Ogos lalu iaitu bapa kandung, suami, bapa mertua dan ibu mertuanya teah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

“Kita telah membuat tangkapan empat orang untuk membantu siasatan dan seorang daripadanya telah dibebaskan selepas tujuh hari ditahan reman, manakala tiga lagi iaitu suami, bapa dan ibu mertua mangsa baru bebaskan semalam.

“Setakat ini kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut untuk dapatkan petunjuk baharu. Kalau ada apa-apa maklumat kita akan maklumkan,” katanya kepada media selepas Program Townhall Discussion Seminar Cakna Anti-Scam, Kenapa Terus Jadi Mangsa, Peringkat Negeri Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Afzan, di sini hari ini.

Tambahya lagi, mayat mangsa yang masih berada di hospital sudah boleh dituntut oleh ahli keluarga untuk pengebumian.

“Setelah ini kes masih diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang suri rumah yang dilaporkan hilang pada 15 Ogos lalu ditemukan mati dengan kesan jerutan pada leher di bilik tidur di kediamannya.

Mangsa yang mempunyai anak lelaki berusia tiga tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya di rumah itu sekitar jam 7.30 malam, selepas laporan polis berkaitan kehilangannya dibuat bapa mangsa pada 3.25 petang hari yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN