Suri rumah 85 tahun rugi RM1.3j penipuan telefon Suri rumah 85 tahun rugi RM1.3j penipuan telefon

Suri rumah 85 tahun rugi RM1.3j penipuan telefon

RAMLI Mohamed Yoosuf (kiri) menunjukkan barang rampasan ‘phone scam’ pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis mengesan sindiket penipuan telefon menggunakan taktik baharu dengan menawarkan mangsa skim pelaburan yang kononnya dianjurkan oleh institusi perbankan tertentu. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis menerima satu laporan semalam daripada seorang suri rumah berusia 85 tahun mendakwa menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai sebuah bank tempatan.

“Pegawai tersebut menawarkan pelaburan simpanan tetap dengan kadar dividen 4.8 peratus setahun. Terpedaya dengan tawaran diberikan, mangsa memindahkan kesemua wang ke dua akaun milikny dengan nilai keseluruhan melebihi RM1,372 juta.

“Mangsa kemudiannya diarahkan mengaktifkan perbankan internet bagi kedua-dua akaun bank tersebut dan memberikan akses kepada sindiket kononnya bagi tujuan pengurusan wang pelaburan,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini, hari ini. 

Menurutnya, mangsa hanya menyedari ditipu apabila mendapati kesemua wang tersebut hilang dari akaunnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurut Ramli, dalam kes penipuan telefon, taktik kerap digunakan adalah menyamar sebagai pegawai bank, polis, mahkamah dan seumpamanya.

“Bagi tujuan menakutkan mangsa, panggilan akan dipindahkan dari satu agensi ke agensi lain, kononnya untuk tujuan siasatan dan sebagainya,” katanya.

Jelasnya, mana-mana agensi kerajaan tidak akan memindahkan panggilan ke agensi lain sewenang-wenangnya. 

Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat juga maklumat wujud tawaran perkhidmatan untuk memperoleh kembali wang yang ditipu. 

“Ejen yang menawarkan perkhidmatan ini dikatakan berupaya untuk memproses urusan pengembalian wang yang telah dipindahkan ke akaun orang lain. Adalah ditegaskan, terdapat proses undang-undang yang perlu dipatuhi dalam urusan sebegini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN