Sultan Nazrin bersama 30,000 rakyat hadiri sambutan Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin bersama 30,000 rakyat hadiri sambutan Hari Kebangsaan

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah memeriksa perbarisan kawalan kehormat utama pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak 2024 di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak 2024 di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ke acara tersebut yang diadakan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab berdekatan Stesen Keretapi Ipoh dan Dewan Bandaran Ipoh.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad serta barisan Exco, kepimpinan dan pentadbiran jabatan dan agensi negeri.

Acara yang dijadualkan bermula pukul 8 pagi itu dibanjiri oleh orang ramai yang memenuhi kawasan tersebut seawal pukul 7 pagi.

Dianggarkan lebih 30,000 pengunjung hadir terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk menyaksikan perbarisan dan perarakan.

Sebanyak 108 kontinjen menyertai perakaran yang diadakan melibatkan lebih 6,000 orang perserta.

Mereka terdiri daripada 71 kontinjen kawad yang disertai oleh jabatan kerajaan, pasukan beruniform, daerah, institut pendidikan tinggi, sekolah, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan syarikat swasta.

Selain itu, perarakan turut disertai 22 pasukan pancaragam sekolah dan 15 kontinjen kenderaan yang disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya