Sultan Ibrahim zahir gembira, sambutan tepati masa - Fahmi

Sultan Ibrahim zahir gembira, sambutan tepati masa – Fahmi

SAMBUTAN Hari Kebangsaan 2024 berlangusung meriah di Dataran Putrajaya. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan perjalanan sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.

Baginda bertitah demikian kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024, Fahmi Fadzil sebelum berangkat pulang sejurus selesai acara.

Fahmi yang juga Menteri Konunikasi berkata, Baginda turut menzahirkan rasa gembira acara gemilang itu berlangsung tepat pada masanya.

“Tuanku bertitah bahawa Baginda sangat gembira dengan perjalanan sambutan hari ini berjalan tepat pada masanya,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sempat menitipkan rasa gembira dengan sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

Menurutnya, Perdana Menteri menyifatkan penganjuran sambutan tahun ini adalah yang terbaik pernah beliau lihat.

“Beliau (Anwar) sangat gembira dan berkata bahawa ini adalah yang terbaik pernah beliau lihat. Alhamdulillah,” katanya.

Kira-kira 200,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 dan Dataran Putrajaya mula dibanjiri seawal pukul 1 pagi.

Acara perbarisan dan perarakan kali ini melibatkan 13,009 peserta persembahan dan perarakan, 112 haiwan dalam perkhidmatan, 439 aset darat dan udara daripada pelbagai agensi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya