Sultan Ibrahim tiba bagi sambutan Hari Kebangsaan Ke-67

Sultan Ibrahim tiba bagi sambutan Hari Kebangsaan Ke-67

SULTAN IBRAHIM berkenan hadir pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-67. - UTUSAN/SHIDIQQIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Acara dan program sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 tahun ini bermula secara rasminya pukul 8 pagi tadi.

Ia dimulakan dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Dataran Putrajaya pada pukul 8 pagi dan turut diiringi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba pada pukul 7.54 pagi.

Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof pula tiba pukul masing-masing pukul 7.40 pagi dan 7.45 pagi.

Sebelum itu, hujan gerimis sekitar 10 minit sebelum acara bermula seolah-olah meramati acara sambutan itu.

Ia bagaimanapun tidak menghalang acara dan program yang sudah dirancang sebelum ini.

Sambutan kemudian dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar Rukun Negara.

Sementara itu, acara perbarisan pada kali ini melibatkan 13,009 peserta persembahan dan perarakan, 112 haiwan dalam perkhidmatan, 439 aset darat dan udara daripada pelbagai agensi.

Kira-kira 200,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 dan Dataran Putrajaya mula dibanjiri seawal jam 1 pagi.

Putrajaya menjadi hos sambutan Hari Kebangsaan buat kali kedua berturut-turut dimana kali terakhir adalah tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya