KANGAR: Perlis menawarkan insentif RM5,000 kepada atletnya yang berjaya meraih pingat emas dalam acara individu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-21 di Sarawak bermula 17 Ogos ini. Bagi pemenang pingat perak dan gangsa individu pula masing-masing bakal menerima insentif sebanyak RM3,700 dan RM2,400. Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri juga memutuskan untuk membuat pembayaran insentif segera kepada atlet-atlet Perlis yang meraih pingat dalam sukan berkenaan. “Bagi atlet individu yang meraih pingat akan mendapat pembayaran insentif tunai awal selepas mereka menaiki podium di mana untuk emas akan mendapat sebanyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya