KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas enam pertuduhan memperdagangkan dan mencederakan seorang pembantu rumah Indonesia dengan menggunakan air panas, empat tahun lalu. Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu ke atas peniaga besi buruk Lim Tuan Ann, 45, dan isterinya, Lim Siew Lan, 44, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pasangan itu pada akhir kes pendakwaan. “Setelah mendengar dan membuat penilaian maksimum keterangan saksi-saksi pendakwaan, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya