PUTRAJAYA: Bekalan beras putih tempatan (BPT) di negara ini sebenarnya banyak, namun struktur harga lama dipercayai antara punca beras itu tiada di pasaran. Menurut Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Azman Mahmood, beras tiada masalah dan ketika ini pengeluaran sudah 62 peratus. “Tetapi ramai tanya kenapa tiada di kedai sebab struktur harga itu tidak pernah dikaji sejak 2008 lagi,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau tidak pula menyatakan sama ada kekurangan BPT masih disebabkan isu ‘permainan’ kartel pembekal atau kegiatan penyorokan stok…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya