SPR tunggu pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Mahkota

SPR tunggu pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Mahkota

SPR tunggu pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Mahkota.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berhubung notis kekosongan kerusi DUN Mahkota susulan penyandangnya meninggal dunia.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya menunggu notis itu sebelum mesyuarat khas diadakan untuk menentukan writ penting pilihan raya.

“Ya (kami menunggu notis rasmi berhubung kekosongan kerusi berkenaan),” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sebagaimana kebiasaan, SPR akan menetapkan tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam tempoh 60 hari selepas pengisytiharan kekosongan luar jangka kerusi DUN.

Mesyuarat SPR nanti antara lain bertujuan membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Hari ini media melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

Sharifah Azizah, 63, sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di HEBHK akibat pendarahan dalaman.

Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang ialah bekas Ketua Wanita UMNO Johor.

Beliau menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022.

Sebelum itu, Sharifah Azizah ialah ADUN Penawar, mulai 2018 hingga 2022 lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN