SMK Meru julang Piala Sumbangsih Dato’ Mokhtar Dahari

SMK Meru julang Piala Sumbangsih Dato’ Mokhtar Dahari

SMK Meru muncul juara Piala Sumbangsih menewaskan SMK Dato’ Harun pada Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari di Shah Alam, Selangor.baru-baru ini. – UTUSAN/NURUL NAJWA HASRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru menjulang Piala Sumbangsih dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari 2024 Bawah 18 Tahun menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 3-2 dekat Padang Sintetik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 9, Shah Alam baru-baru ini

Pasukan itu menewaskan SMK Dato’ Harun selepas mengikatnya pada kedudukan seri pada masa tambahan separuh masa kedua, walaupun SMK Meru pamer kekuatan pada awal perlawanan.

Pada awal perlawanan, SMK Meru mencetak gol pertama perlawanan pada minit ke 17 oleh kapten pasukan, Nor Ikhwan Norisham dengan memanfaatkan tandukan oleh rakan sepasukan ke dalam petak penalti.

Kemudian, perlawanan bertambah menarik apabila SMK Dato’ Harun mencuba setiap peluang untuk menjaringkan gol walaupun kebanyakanna tersasar.

Dalam perlawanan tersebut, SMK Meru lebih banyak menguasai permainan dengan melakukan lebih lima cubaan di depan pintu gol pada separuh masa pertama dan kedua berbanding SMK Dato’ Harun, namun tetap buntu untuk mendapatkan jaringan lebih selesa.

Bagaimanapun, SMK Dato’ Harun meranapkan hasrat SMK Meru peroleh kemenangan mudah apabila penjaga golnya Muhammad Harits Hafiy Zul Fikri gagal menyelamatkan sepakan penalti oleh Muhamad Zarul Iman Hairol Nizan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN