Sky bercinta dengan Nia? Nampak serasi betul - Utusan Malaysia

Sky bercinta dengan Nia? Nampak serasi betul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DIAM tak diam, rupanya pelakon baharu, Sky Iskandar yang berlakon dalam  lem Kahar Kapla High Council sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan model, Nia Atasha. 

Kalau tidak salah, dulu, Nia ini pernah bergelar kekasih kepada selebriti dan pengacara, Qi Razali. 

Tetapi itu cerita lama. Rasanya mereka putus cinta pun sekitar tahun 2020, masa pandemik ketika itu. 

Tetapi, apabila dapat tahu Sky ialah cinta baharu Nia, Cik Bunga pun tumpang gembira. Bukan apa, kita tengok, mereka berdua ini sama cantik dan sama padan. 

Kalau dikatakan sebagai antara pasangan yang ‘hot’ pun tidak salah. Sebabnya, Sky dan Nia memang terlibat dalam dunia peragaan. 

Kalau sudah memang model, maka cantik dan tampanlah orangnya. Bagaimanapun, Cik Bunga tidak pasti juga sama ada mereka sudah memikirkan soal kahwin. 

Rasanya, terlalu muda lagi untuk masing-masing mendirikan rumah tangga sebab Nia dan Sky tentunya mahu fokus pada kerjaya dulu. 

Satu lagi, kalau sebut pasal Sky ini, Cik Bunga teringat dengan perbualan kami tempoh hari semasa bertemu di studio. 

Sudah lama tertanya-tanya, kenapa agaknya bernama Sky? Cik Bunga tanya pada empunya diri dan katanya, nama itu sudah sinonim dalam keluarga. 

Puncanya dia menyakat adik bongsu yang masih kecil. Si adik bertanya siapa nama abang. Lalu disebutnya Sky kerana ketika itu dia sedang melihat langit. 

Sudahnya, melekat sehingga sekarang. Macam itu pun boleh ya Sky? Apa pun, Cik Bunga doakan Sky dan Nia berbahagia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN