SK Dato’ Demang Hussin rai penubuhan ke-100 tahun

SK Dato’ Demang Hussin rai penubuhan ke-100 tahun

MOHD. ALI Mohd. Rustam menyempurnakan Majlis Makan Malam 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin di Bukit Katil, Melaka. – UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tahun ini Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Demang Hussin, Bukit Katil di sini menyambut ulang tahun ke-100 penubuhannya sejak 5 Julai 1924.

Sepanjang tempoh berkenaan, pastinya institusi itu telah melahirkan ramai tokoh, golongan profesional atau pemimpin setempat yang pastinya banyak menabur bakti kepada Melaka.

Salah seorang yang menjadi kebanggaan SK Dato’ Demang Hussin yang pernah menuntut di situ ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam yang juga bekas Ketua Menteri.

Guru Besar, Hamime Abd. Hamid berkata, bermula dengan nama Sekolah Rendah Umum Bukit Katil, pada 1984 sekolah itu telah ditukar nama kepada SK Dato’ Demang Hussin.

“Tahun demi tahun pembangunan fizikal sekolah ini turut berubah dan berkembang sejajar dengan arus lonjakan transformasi dan modenisasi dalam sistem pendidikan negara.

“Buktinya dapat kita lihat dengan terbinanya dewan yang selesa dan tersergam untuk menjadi tempat berkumpul warga sekolah bagi menjayakan pelbagai aktiviti, ” katanya kepada Utusan Pelajar selepas Majlis Makan Malam 100 Tahun SK Dato’ Demang Hussin, baru-baru ini.

Tambah Hamime, seiring dengan kemajuan dunia pendidikan, pihaknya menyahut cabaran untuk mendepani pelbagai usaha Kementerian Pendidikan melahirkan generasi celik digital yang berdaya saing dalam kalangan pendidik dan murid.

Jelasnya, untuk menyokong Dasar Pendidikan Digital yang dilancarkan kementerian, pendidikan digital yang lebih meluas dan membudayakan teknologi secara imersif merupakan satu keperluan.

“Dengan genapnya usia 100 tahun sekolah kami mengharapkan sokongan semua pihak agar impian untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan dapat direalisasikan,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN