Sistem dalaman Prasarana kena godam

Sistem dalaman Prasarana kena godam

prasarana
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengesahkan bahawa sistem dalaman mereka  telah digodam seperti yang tular di media sosial.

Bagaimanapun Prasarana berkata, pasukan keselamatan siber mereka sedang menangani insiden tersebut yang membabitkan akses tanpa kebenaran ke beberapa sistem mereka.

“Keutamaan kami adalah pada keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan pengangkutan awam. Kami ingin mengesahkan bahawa insiden ini tidak memberi gangguan terhadap operasi harian kami,” demikian menurut Prasarana dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, pemantau ancaman siber, Falcon Feeds mendedahkan perisian RansomHub telah digunakan dalam serangan yang berpotensi menjejaskan 316GB data Prasarana daripada laman sesawang prasarana.com.my.

Prasarana menerusi kenyataan itu juga memberitahu mereka bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia untuk memastikan semua langkah telah diambil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN