Singapura mahu tarik lebih ramai pelancong Malaysia

Singapura mahu tarik lebih ramai pelancong Malaysia

PRAMUGARI AirAsia menunjukkan kadar tambang khas penerbangan serendah RM78 sehala ke Singapura di AirAsia RedQ, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menjangkakan jumlah ketibaan pelancong Malaysia ke republik berkenaan akan terus meningkat bersandarkan kepada prestasi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Pengarah Eksekutif Asia Tenggara agensi tersebut, Terrence Voon berkata, malah setakat akhir bulan lalu, kami mencatatkan sejumlah 682,110 pelancong Malaysia iaitu peningkatan sembilan peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata, pelawat Malaysia menduduki tempat keempat paling ramai dari Januari sehingga Julai lalu daripada keseluruhan sejumlah 9.78 juta orang.

“Setakat ini pelancong antarabangsa yang paling tinggi memasuki Singapura ialah dari China dengan 1.86 juta, diikuti Indonesia (1.51 juta) dan India (718,660),” katanya selepas menyaksikan pelancaran ‘livery’ atau rekaan badan pesawat AirAsia bertemakan Love Singapore di sini hari ini.

Berdasarkan perkembangan positif tersebut, sektor pelancongan republik berkenaan menyaksikan peningkatan mencecah 88 peratus pelawat luar daripada era sebelum Covid-19.

Sekiranya dilakukan perbandingan dengan tujuh bulan pertama tahun lepas pula ujar beliau, angka kedatangan pelancong asing yang direkodkan telah melonjak 26.9 peratus.

Menurut statistik STB lagi katanya, sebahagian besar pelawat luar bermalam 3.56 hari iaitu merosot 6.2 peratus jika dibandingkan dengan perangkaan tempoh sama tahun lalu.

Justeru, Terrence yakin angka berkenaan mampu ditambah baik lagi untuk lima bulan terakhir tahun ini berikutan jangkaan cuti panjang bersempena musim sejuk di hemisfera Utara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN