Simulasi pesawat terhempas, 800 petugas sertai latihan kecemasan KLIA

Simulasi pesawat terhempas, 800 petugas sertai latihan kecemasan KLIA

INSIDEN sebuah pesawat terhempas sebelum terbakar simulasi kesiapsiagaan bencana di KLIA. - FOTO MAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebuah pesawat syarikat penerbangan, Sawadi Airlines terhempas sebelum terbakar di luar landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, merupakan ‘insiden’ simulasi khas kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Insiden nahas itu menyaksikan kapal terbang model Airbus A320 yang membawa seramai 158 penumpang dari Pulau Pinang menjunam ke tasik akibat masalah kegagalan elektrik.

Detik kemalangan ini cuma latihan yang lazim diadakan dua tahun sekali dengan kod nama Perisai Panthera melibatkan lebih 800 petugas dari 14 agensi berbeza.

Uniknya kali ini kata Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Mohd. Arif Jaafar, simulasi senario kejadian itu berlaku di luar kawasan lapangan terbang.

“Latihan berskala penuh potensi bencana udara ini bermula 10 pagi dan berakhir tiga jam kemudian selaras dengan Pelan Kecemasan Aerodrome,” jelasnya kepada pemberita.

Kali terakhir simulasi tersebut diadakan di KLIA ialah pada 22 September 2022 dengan pembabitan kira-kira 770 petugas meliputi sejumlah 33 agensi kerajaan dan swasta.

Mengulas lanjut, Mohd. Arif berkata, latihan itu memastikan kesiapsiagaan dan pematuhan standard keselamatan terhadap fasiliti prasarana nasional sejajar dengan Arahan Penerbangan Awam Piawaian Volume 14 Aerodrome ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Simulasi ini selari Amalan Disyorkan dan Standard digariskan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi Perancangan Kecemasan Lapangan Terbang,” katanya.

Mohd. Arif malah berpuas hati dengan latihan kali ini yang melibatkan operasi mencari dan menyelamat beberapa mangsa berada dalam air tasik KLIA selepas pesawat terhempas dengan kerjasama polis, bomba, Kementerian Kesihatan serta Biro Penyiasatan Kemalangan Udara dari Kementerian Pengangkutan.

Secara umum kata beliau, semua lapangan terbang di Malaysia memang direka bentuk sebagai kawasan larangan malah KLIA sendiri diklasifikasi Prioriti 1 Kepentingan Negara.

“Pengelasan ini membuktikan keseriusan kerajaan melindungi daripada tahap ancaman tertinggi dan impak kritikal kepada keselamatan negara yang tidak dikompromi,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya