Sharifah Azizah kritikal, doakan yang terbaik - TPM

Sharifah Azizah kritikal, doakan yang terbaik – TPM

SHARIFAH AZIZAH SYED ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Keadaan kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain kritikal berbanding hari pertama dimasukkan ke hospital pada Selasa. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan keadaan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang itu agak membimbangkan dan berharap doa yang terbaik daripada orang ramai. 

“Kita doakan Allah mudahkan urusan sebaik-baik diberikan kesembuhan namun jika sebaliknga berlaku sama-sama kita berdoa dan segala urusan dipermudahkan. 

“Jika mengikut penjelasan doktor pakar, ubat tidur telah dihentikan sejak pagi tadi dan dia menggunakan bantuan pernafasan yang bukan `last box’, Kita doakan yg terbaik,” katanya pada pemberita hari ini. 

Sebelum itu, Ahmad Zahid ditemani Pengarah Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Dr. Muhammad Nizam Subaher dan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday meluangkan masa kira-kira 20 minit menziarahi Sharifah Azizah yang ditempatkan di bilik ICU hospital itu. 

Sharifah Azizah, 63, sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di HEBHK akibat pendarahan dalaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN