Shamsul Azri Abu Bakar dilantik KSN baharu

Shamsul Azri Abu Bakar dilantik KSN baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu berkuat kuasa mulai 12 Ogos ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Tan Sri Mohd. Zuki Ali yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 10 Ogos ini.

Katanya, Shamsul Azri, 55, bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) itu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari University of Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat.

“Beliau juga menerima pendedahan dengan beberapa institusi antarabangsa antaranya University of Cambridge, United Kingdom dan European Institute of Business Administration (INSEAD).

“Beliau mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah bertugas di Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pentadbiran Kerajaan Negeri,” katanya.

Pada masa sama, kerajaan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Zuki atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.

Ini khususnya dalam usaha-usaha mengukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara dilaksanakan dengan jayanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN