KUALA LUMPUR: Walaupun hampir setahun representasi dihantar, Peguam Negara belum membuat sebarang keputusan terhadap permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM27 juta yang dihadapinya. Keputusan berhubung representasi yang dihantar pada 2 Ogos 2023 itu juga dijangka tidak dibuat dalam masa terdekat. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul pada sebutan kes tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, K. Muniandy di sini, semalam. “Tiada sebarang keputusan berhubung representasi. (Saya) tidak menjangkakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya